Monday 18 March 2013

Bangunan Pusat Sukan

Bangunan
Pusat Sukan
Universiti Utara Malaysia

Pada mulanya, Pusat Sukan dikenali sebagai Unit Sukan UUM yang mana ia mula beroperasi semenjak penubuhannya pada 16 februari 1984 di kampus sementara di Tanah Merah, Jitra Kedah Darul Aman.

      Kemudian pada tahun 1991, Unit Sukan UUm telah berpindah ke kampus utama di Sintok. Di Sintok, operasi Unit Sukan UUM berjalan dengan lebih matang lagi dengan adanya kemudahan yang lengkap di kampus yang baru.

   Mulai dari tahun 2002, Unit Sukan UUM telah diiktiraf sebagai Pusat Sukan selaras dengan perkembangan dan fungsi yang dijalankan oleh Pusat Sukan pada masa kini.

Antara kemudahan yang disediakan oleh Pusat Sukan adalah seperti berikut:

1) Stadium Bola Sepak dan Trek 400M
2) Padang Bola Sepak, Padang Ragbi, Padang Hoki, Padang Kriket, Padang Bola Baling, Padang sofbol dan Padang Bola Jaring (rumput dan sintetik).
3) Kolam Renang (saiz olimpik)
4) Gelanggang Tenis, Gelanggang Sepak Takraw (indoor & outdoor), Gelanggang Bola Tampar, Gelanggang Bola Keranjang dan Gelanggang Skuasy (dinding simen & dinding kaca).
5) Dewan Serbaguna
6) Lapang Sasar Memanah
7) Tasik Rekreasi
8) Bilik Aerobik, Bilik Gimnasium (lelaki & wanita)
9) Tembok Mendaki
10) Litar Go-Kart
11) Pusat Ekuin
12)Sauna (lelaki & perempuan)
13) Basikal
14) Hidroterapi










No comments:

Post a Comment