Monday 18 March 2013

Bangunan Pusat Kesihatan (PKU UUM)

Bangunan
Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Utara Malaysia

Pusat Kesihatan Universiti (dahulunya Pusat Kesihatan Pelajar), Universiti Utara Malaysia (PKUUUM) mula beroperasi pada tahun 1986 di kampus sementara Tanah Merah, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

     Pada tahun1991, Pusat Kesihatan Pelajar mula berpindah ke dalam kawasan kampus Sintok, Kedah.
Mulai tahun 1995, PKPUUM dengan bantuan Pusat Komputer UUM telah melahirkan satu sistem klinik berkomputer bertujuan untuk mempercepatkan proses merawat pesakit.

     Pada tahun 2003, Pusat Kesihatan Pelajar UUM diletakkan di bawah jabatan Canselori dengan nama
Pusat Kesihatan Universiti yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2003.

Visi 
"Mewujudkan masyarakat universiti yang sihat mental, kuat fzikal serta menjadi insan yang produktif pada bangsa dan negara"

Misi 
"Menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan kesihatan untuk melahirkan warga universiti yang sihat secara keseluruhan melalui perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan berkualiti".

Perkhidmatan yang disediakan PKUUUM terbahagi kepada 4 bahagian :

1) Bahagian Perubatan
Anta unit-unit yang terdapat dalam bahagian ini adalah unit kemalangan & kecemasan, klinik pesakit luar & klinik kesihatan wanita, unit farmasi, unit makmal perubatan, dan unit kejururawatan.

2)Bahagian Pergigian
Merupakan satu bahagian kecil di PKUUUM namun berfungsi besar dalam menawarkan perkhidmatan rawatan pergigian kepada warga UUM.

3) Bahagian Kesihatan Umum
Berperanan penting dalam pencegahan dan pengawalan penyakit.

4) Bahagian Pentadbiran
Merupakan tulang belang dan penggerak PKUUUM. Antara unit-unit yang terlibat ialah unit latihan.





No comments:

Post a Comment