Sunday 17 March 2013

Bangunan Cancelori

Bangunan
 Jabatan Canselori Universiti Utara Malaysia

Jabatan Canselori ditubuhkan pada 16 Februari 1984 selaras dengan pengisytiharan Perintah Universiti Utara Malaysia (Perbadanan 1984). Bangunan ini terletak berhampiran dengan Perpustakaan Sultanah Bahiyah Universiti Utara Malaysia. Jabatan Canselori ini diketuai oleh En. Baharuddin Yaacob iaitu beliau merupakan Pengarah di Jabatan Canselori UUM.

   Peranan Jabatan Canselori ini adalah untuk mewujudkan hubungan karporat yang baik dengan pihak kementerian, jabatan, badan-badan swasta dan persatuan dan ia bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor untuk menyelaras, mengawas dan memantau keseluruhan aktiviti universiti bagi memastikan semua tugas dilaksanakan secara efektif dan efisien. 

Visi
"Untuk menjadi nadi penggerak bagi merealisasikan wawasan sebagai universiti pengurusan terkemuka".

Misi
"Untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti demi kecemerlangan universiti secara berterusan".

Objektif
1) Memastikan aktiviti universiti dilaksanakan dengan mengambil kira 'konsep' warga UUm didahulukan, pencapaian diutamakan.
2) Menjadi sumber rujukan informasi yang tepat, padat dan terkini.
3) Membina jaringan dalam dan luar negara sejajar dengan Visi dan Misi Universiti.









No comments:

Post a Comment