Sunday 17 March 2013

Bangunan Perpustakaan Sultanah Bahiyah

Bangunan
Perpustakaan Sultanah Bahiyah
Universiti Utara Malaysia

Pada Julai 1984, Perpustakaan Sultanah Bahiyah telah ditubuhkan di kampus sementara Tanjung Pauh, Jitra. Manakala pada 3 September 1990, perpustakaan ini telah berpindah ke bangunan baru iaitu di Kampus Sintok. 

    Bangunan baru perpustakaan ini mempunyai lima tingkat dengan keluasan 21,170 meter persegi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang koleksi, ruang bacaan, bilik karel, bilik perbincangan, bilik bacaan pintar, auditorium, bilik muzik, terminal komputer dan WiFi bagi tujuan mengakses kepada internet.  

      Kedudukan perpustakaan yang strategik di tengah-tengah Kampus Sintok, yang dikelilingi oleh bangunan pentadbiran, dewan penginapan pelajar, kolej-kolej, kompleks perniagaan (The Mall), dan kafeteria-kafeteria adalah menjadi sebab bagi pengguna berkunjung ke perpustakaan. 

    Tanggal 21 September 1999, merupakan tarikh yang penuh bersejarah apabila perpustakaan dengan rasminya telah di masyhurkan sebagai Perpustakaan Sultanah Bahiyah oleh KDYMM Sultanah Kedah. Kini, Perpustakaan Sultanah Bahiyah mengorak langkah ke hadapan apabila sebuah bangunan tambahan baru perpustakaan telah dibina bagi menampung keperluan dan pertambahan pengguna sama ada dalam dan luar negara.

Visi 
"Menjadikan Perpustakaan Sultanah Bahiyah sebagai sebuah perpustakaan universiti yang cemerlang dari segi sistem pengurusan, amalan profesionalisme dan perkhidmatan berkualiti kepada pengguna".

Misi
"Untuk memberi perkhidmatan berkualiti dalam membantu usaha-usaha pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan".







No comments:

Post a Comment