Sunday 17 March 2013

Bangunan Pusat Komputer UUM


Bangunan
Pusat Komputer Universiti Utara Malaysia

Pusat Komputer UUM telah ditubuhkan pada 1 Mac 1988 hasil daripada usaha Universiti untuk mengkomputerkan aktiviti-aktiviti utama Universiti.

    Pusat ini menyediakan pengkomputeran dan rangkaian infrastruktur yang komprehensif  untuk menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan Universiti. Ia juga menyokong pentadbiran Universiti dalam pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem maklumat berasaskan komputer.

   Pusat ini juga mempelopori pembangunan persekitaran intensif komputer di dalam kampus dan juga di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Pengarah Pusat Komputer UUM adalah En Zulkhairi B Md Dahalin 
dan Penolong Pengarah pula adalah Pn Zainun Bt Ngah.

Misi
"Menguruskan infrastruktur IT di seluruh kampus untuk menyediakan dan menyokong berkualiti tinggi sistem dan perkhidmatan ICT kepada semua warga kampus dan komited dalam memuaskan pengguna dengan memberikan perkhidmatan dengan mudah dan mesra". 

Objektif 
1) Untuk menawarkan kos perkhidmatan yang terbaik dan berkesan kepada pelanggan.
2) Untuk menggalakkan penggunaan teknologi yang terkini.
3) Untuk meningkatkan celik IT di kalangan komuniti Universiti.
4) Untuk menyemai budaya IT kepada masyarakat Universiti.



No comments:

Post a Comment