Sunday 17 March 2013

Bangunan Awang Had Salleh

Bangunan
AWANG HAD SALLEH
Graduate School of Arts & Sciences

Bangunan ini diberi nama Bangunan Awang Had Salleh. Ia merupakan 1 daripada 3 Sekolah Pengajian Siswazah yang terdapat di dalam Universiti Utara Malaysia. Bangunan ini terletak berhampiran dengan  Dewan Kuliah Gugusan Empat (DKG4).

Visi 
"untuk menjadi Sekolah Pengajian Siswazah Sastera dan Sains yang terkemuka"

Misi
"untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam pengajian pascasiswazah melalui program akademik yang bertaraf dunia, penyelidikan yang rapi, penerbitan yang mempunyai impak yang tinggi, perundingan dan penyelesaian yang berinovatif terhadap isu-isu Sastera dan Sains yang pelbagai".

Objektif
'Menawarkan program-program yang memberi penekanan kepada penghasilan holistik dan individu yang seimbang' 

Terdapat 5 bidang khusus di bawah Sekolah ini iaitu:

1) Teknologi Maklumat, 
2) Pengajian Kreatif dan Multimedia, 
3) Pendidikan, 
4) Bidang Sains Keputusan (Decisions science) 
5) Psikologi. 

Antara Program-program dan jangka masa yang ditawarkan di bawah Sekolah ini adalah:
1) Doktor Falsafah (PhD): Sepenuh masa : 4-10 semester, Sambilan : 6-14 semester,
 2) Ijazah Sarjana (master): Sepenuh masa : 3-6 semester, Sambilan : 4-10 semester, dan
3) Diploma Pascasiswazah: Sepenuh masa :1-3 semester, Sambilan : 2-6 semester.



  

No comments:

Post a Comment