Monday 18 March 2013

Bangunan Kolej Perniagaan

Bangunan
Kolej Perniagaan
Universiti Utara Malaysia

Kolej Perniagaan Uum telah ditubuhkan pada tahun 1984, bersamaan dengan penubuhan Universiti Utara Malaysia.

Pada mulanya, kursus perniagaan dan pengurusan adalah mengikut sistem fakulti. Namun pada tahun 2008, fakulti-fakulti ini telah digabungkan untuk membentuk Kolej Perniagaan. 

Visi 
"Untuk menjadi Kolej Perniagaan yang terkemuka dalam bidang pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan".

Misi
"Untuk menyediakan persekitaran yang kondusif di mana pengetahuan perniagaan diwujudkan, diperoleh dan dikongsi untuk memperkayakan pengalaman manusia".


Terdapat 5 Sekolah dibawah COB UUM ini antaranya adalah:

1) Sekolah Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML)
Antara Program yang ditawarkan adalah Sarjana Muda Pengurusan Operasi, Pengurusan Teknologi, dan Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian.

2) Sekolah Perniagaan Islam (IBS)
Terdapat 2 program yang ditawarkan IBS adalah Sarjana Muda Kewangan &Perbankan Islam, dan Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian. 

3) Sekolah Perakaunan (SoA)
Sarjana Muda Perakaunan dan Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) dengan Kepujian merupakan 2 program yang ditawarkan di bawah SoA.

4) Sekolah Pengurusan Perniagaan (SBM)
Terdapat 4 program yang ditawarkan oleh SBM antaranya adalah:
Sarjana Muda: Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia, Pemasaran dan Keusahawanan dengan Kepujian.

5) Sekolah Ekonomi, Kewangan & Perbankan (SEFB)
SEBF menawarkan paling banyak program kepada pelajar antaranya ialah Sarjana Muda: Sains Ekonomi, Pengurusan Sains Perniagaan Tani, Kewangan, Perbankan dan Pengurusan Risiko dan Insuran dengan Kepujian.






No comments:

Post a Comment