Monday 18 March 2013

Pengenalan


Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Selamat Datang ke Blog kami!

Sebagai Pengenalan, di entri yang pertama ini, kami ingin memperkenalkan ahli kumpulan kami, tema utama dan sub-sub tema yang menjadi pilihan kami.

Ahli Kumpulan kami terdiri daripada:

1)  Nama: Nor Amalina bt Azmi


Program Pengajian: Pengurusan Sumber Manusia
No Matrik: 207654

2) Nama: Najwa bt Nurham


Program Pengajian: Pengurusan sumber Manusia.
No Matrik: 207668

Tajuk yang menjadi pilihan kami adalah 
"Bangunan di UUM"

Di antara sub-tajuk yang terdapat di dalam entri-entri blog

a) Bangunan Awang Had Salleh
b) Bangunan Kolej Sastera dan Sains
c) Bangunan Ghazali Shafie
d) Bangunan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan pengajian Antarabangsa
e)Bangunan Canselori
f) Bangunan Pusat Komputer
g) Bangunan Perpustakaan
h) Bangunan Othman Yeop Abdullah
i) Bangunan Kolej Perniagaan
j) Bangunan Pusat Sukan
k) Bangunan Pusat Kesihatan

Sedikit mengenai UUM (Video) 


Lagu UUM



Bangunan Pusat Kesihatan (PKU UUM)

Bangunan
Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Utara Malaysia

Pusat Kesihatan Universiti (dahulunya Pusat Kesihatan Pelajar), Universiti Utara Malaysia (PKUUUM) mula beroperasi pada tahun 1986 di kampus sementara Tanah Merah, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

     Pada tahun1991, Pusat Kesihatan Pelajar mula berpindah ke dalam kawasan kampus Sintok, Kedah.
Mulai tahun 1995, PKPUUM dengan bantuan Pusat Komputer UUM telah melahirkan satu sistem klinik berkomputer bertujuan untuk mempercepatkan proses merawat pesakit.

     Pada tahun 2003, Pusat Kesihatan Pelajar UUM diletakkan di bawah jabatan Canselori dengan nama
Pusat Kesihatan Universiti yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2003.

Visi 
"Mewujudkan masyarakat universiti yang sihat mental, kuat fzikal serta menjadi insan yang produktif pada bangsa dan negara"

Misi 
"Menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan kesihatan untuk melahirkan warga universiti yang sihat secara keseluruhan melalui perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan berkualiti".

Perkhidmatan yang disediakan PKUUUM terbahagi kepada 4 bahagian :

1) Bahagian Perubatan
Anta unit-unit yang terdapat dalam bahagian ini adalah unit kemalangan & kecemasan, klinik pesakit luar & klinik kesihatan wanita, unit farmasi, unit makmal perubatan, dan unit kejururawatan.

2)Bahagian Pergigian
Merupakan satu bahagian kecil di PKUUUM namun berfungsi besar dalam menawarkan perkhidmatan rawatan pergigian kepada warga UUM.

3) Bahagian Kesihatan Umum
Berperanan penting dalam pencegahan dan pengawalan penyakit.

4) Bahagian Pentadbiran
Merupakan tulang belang dan penggerak PKUUUM. Antara unit-unit yang terlibat ialah unit latihan.





Bangunan Pusat Sukan

Bangunan
Pusat Sukan
Universiti Utara Malaysia

Pada mulanya, Pusat Sukan dikenali sebagai Unit Sukan UUM yang mana ia mula beroperasi semenjak penubuhannya pada 16 februari 1984 di kampus sementara di Tanah Merah, Jitra Kedah Darul Aman.

      Kemudian pada tahun 1991, Unit Sukan UUm telah berpindah ke kampus utama di Sintok. Di Sintok, operasi Unit Sukan UUM berjalan dengan lebih matang lagi dengan adanya kemudahan yang lengkap di kampus yang baru.

   Mulai dari tahun 2002, Unit Sukan UUM telah diiktiraf sebagai Pusat Sukan selaras dengan perkembangan dan fungsi yang dijalankan oleh Pusat Sukan pada masa kini.

Antara kemudahan yang disediakan oleh Pusat Sukan adalah seperti berikut:

1) Stadium Bola Sepak dan Trek 400M
2) Padang Bola Sepak, Padang Ragbi, Padang Hoki, Padang Kriket, Padang Bola Baling, Padang sofbol dan Padang Bola Jaring (rumput dan sintetik).
3) Kolam Renang (saiz olimpik)
4) Gelanggang Tenis, Gelanggang Sepak Takraw (indoor & outdoor), Gelanggang Bola Tampar, Gelanggang Bola Keranjang dan Gelanggang Skuasy (dinding simen & dinding kaca).
5) Dewan Serbaguna
6) Lapang Sasar Memanah
7) Tasik Rekreasi
8) Bilik Aerobik, Bilik Gimnasium (lelaki & wanita)
9) Tembok Mendaki
10) Litar Go-Kart
11) Pusat Ekuin
12)Sauna (lelaki & perempuan)
13) Basikal
14) Hidroterapi










Bangunan Othman Yeop Abdullah


Othman Yeop Abdullah
Sekolah Pengajian Siswazah Perniagaan

Bangunan Otman Yeop Abdullah (OYA) ini terletak berhadapan dengan Dewan Kuliah Gugusan Satu (DKG1).

Visi 
"Untuk menjadi Sekolah Pengajian Siswazah Perniagaan yang terkemuka".

Misi
"Untuk menjadi pusat kecemerlangan bagi pendidikan perniagaan dan pengurusan melalui program akademik yang inovatif dan berkualiti, berimpak tinggi dan penyelidikan yang berkualiti, perkhidmatan penerbitan dan perundingan, dan latihan korporat yang diiktiraf oleh industri".

Antara Program-program dan jangka masa yang ditawarkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah Perniagaan ini adalah seperti berikut:

1) Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagan (DBA) : sepenuh masa: 4-10 semester, Sambilan: 6-14 semester.

2) Doktok Falsafah (PhD) : Sepenuh masa: 4-10 semester, Sambilan: 6-14 semester.

3) Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) : Sepenuh masa: 3-6 semester, Sambilan: 4-10 semester.

4) Sarjana Sains (MSs), Sarjana Sumber Manusia (MHRM), Sarjana Ekonomi (MEc.) dan Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam (MIFB) : Sepenuh masa: 4-10 semester, Sambilan: 6-14 semester.

Bangunan Kolej Perniagaan

Bangunan
Kolej Perniagaan
Universiti Utara Malaysia

Kolej Perniagaan Uum telah ditubuhkan pada tahun 1984, bersamaan dengan penubuhan Universiti Utara Malaysia.

Pada mulanya, kursus perniagaan dan pengurusan adalah mengikut sistem fakulti. Namun pada tahun 2008, fakulti-fakulti ini telah digabungkan untuk membentuk Kolej Perniagaan. 

Visi 
"Untuk menjadi Kolej Perniagaan yang terkemuka dalam bidang pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan".

Misi
"Untuk menyediakan persekitaran yang kondusif di mana pengetahuan perniagaan diwujudkan, diperoleh dan dikongsi untuk memperkayakan pengalaman manusia".


Terdapat 5 Sekolah dibawah COB UUM ini antaranya adalah:

1) Sekolah Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML)
Antara Program yang ditawarkan adalah Sarjana Muda Pengurusan Operasi, Pengurusan Teknologi, dan Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian.

2) Sekolah Perniagaan Islam (IBS)
Terdapat 2 program yang ditawarkan IBS adalah Sarjana Muda Kewangan &Perbankan Islam, dan Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian. 

3) Sekolah Perakaunan (SoA)
Sarjana Muda Perakaunan dan Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) dengan Kepujian merupakan 2 program yang ditawarkan di bawah SoA.

4) Sekolah Pengurusan Perniagaan (SBM)
Terdapat 4 program yang ditawarkan oleh SBM antaranya adalah:
Sarjana Muda: Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia, Pemasaran dan Keusahawanan dengan Kepujian.

5) Sekolah Ekonomi, Kewangan & Perbankan (SEFB)
SEBF menawarkan paling banyak program kepada pelajar antaranya ialah Sarjana Muda: Sains Ekonomi, Pengurusan Sains Perniagaan Tani, Kewangan, Perbankan dan Pengurusan Risiko dan Insuran dengan Kepujian.






Sunday 17 March 2013

Bangunan Perpustakaan Sultanah Bahiyah

Bangunan
Perpustakaan Sultanah Bahiyah
Universiti Utara Malaysia

Pada Julai 1984, Perpustakaan Sultanah Bahiyah telah ditubuhkan di kampus sementara Tanjung Pauh, Jitra. Manakala pada 3 September 1990, perpustakaan ini telah berpindah ke bangunan baru iaitu di Kampus Sintok. 

    Bangunan baru perpustakaan ini mempunyai lima tingkat dengan keluasan 21,170 meter persegi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang koleksi, ruang bacaan, bilik karel, bilik perbincangan, bilik bacaan pintar, auditorium, bilik muzik, terminal komputer dan WiFi bagi tujuan mengakses kepada internet.  

      Kedudukan perpustakaan yang strategik di tengah-tengah Kampus Sintok, yang dikelilingi oleh bangunan pentadbiran, dewan penginapan pelajar, kolej-kolej, kompleks perniagaan (The Mall), dan kafeteria-kafeteria adalah menjadi sebab bagi pengguna berkunjung ke perpustakaan. 

    Tanggal 21 September 1999, merupakan tarikh yang penuh bersejarah apabila perpustakaan dengan rasminya telah di masyhurkan sebagai Perpustakaan Sultanah Bahiyah oleh KDYMM Sultanah Kedah. Kini, Perpustakaan Sultanah Bahiyah mengorak langkah ke hadapan apabila sebuah bangunan tambahan baru perpustakaan telah dibina bagi menampung keperluan dan pertambahan pengguna sama ada dalam dan luar negara.

Visi 
"Menjadikan Perpustakaan Sultanah Bahiyah sebagai sebuah perpustakaan universiti yang cemerlang dari segi sistem pengurusan, amalan profesionalisme dan perkhidmatan berkualiti kepada pengguna".

Misi
"Untuk memberi perkhidmatan berkualiti dalam membantu usaha-usaha pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan".







Bangunan Pusat Komputer UUM


Bangunan
Pusat Komputer Universiti Utara Malaysia

Pusat Komputer UUM telah ditubuhkan pada 1 Mac 1988 hasil daripada usaha Universiti untuk mengkomputerkan aktiviti-aktiviti utama Universiti.

    Pusat ini menyediakan pengkomputeran dan rangkaian infrastruktur yang komprehensif  untuk menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan Universiti. Ia juga menyokong pentadbiran Universiti dalam pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem maklumat berasaskan komputer.

   Pusat ini juga mempelopori pembangunan persekitaran intensif komputer di dalam kampus dan juga di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Pengarah Pusat Komputer UUM adalah En Zulkhairi B Md Dahalin 
dan Penolong Pengarah pula adalah Pn Zainun Bt Ngah.

Misi
"Menguruskan infrastruktur IT di seluruh kampus untuk menyediakan dan menyokong berkualiti tinggi sistem dan perkhidmatan ICT kepada semua warga kampus dan komited dalam memuaskan pengguna dengan memberikan perkhidmatan dengan mudah dan mesra". 

Objektif 
1) Untuk menawarkan kos perkhidmatan yang terbaik dan berkesan kepada pelanggan.
2) Untuk menggalakkan penggunaan teknologi yang terkini.
3) Untuk meningkatkan celik IT di kalangan komuniti Universiti.
4) Untuk menyemai budaya IT kepada masyarakat Universiti.



Bangunan Cancelori

Bangunan
 Jabatan Canselori Universiti Utara Malaysia

Jabatan Canselori ditubuhkan pada 16 Februari 1984 selaras dengan pengisytiharan Perintah Universiti Utara Malaysia (Perbadanan 1984). Bangunan ini terletak berhampiran dengan Perpustakaan Sultanah Bahiyah Universiti Utara Malaysia. Jabatan Canselori ini diketuai oleh En. Baharuddin Yaacob iaitu beliau merupakan Pengarah di Jabatan Canselori UUM.

   Peranan Jabatan Canselori ini adalah untuk mewujudkan hubungan karporat yang baik dengan pihak kementerian, jabatan, badan-badan swasta dan persatuan dan ia bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor untuk menyelaras, mengawas dan memantau keseluruhan aktiviti universiti bagi memastikan semua tugas dilaksanakan secara efektif dan efisien. 

Visi
"Untuk menjadi nadi penggerak bagi merealisasikan wawasan sebagai universiti pengurusan terkemuka".

Misi
"Untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti demi kecemerlangan universiti secara berterusan".

Objektif
1) Memastikan aktiviti universiti dilaksanakan dengan mengambil kira 'konsep' warga UUm didahulukan, pencapaian diutamakan.
2) Menjadi sumber rujukan informasi yang tepat, padat dan terkini.
3) Membina jaringan dalam dan luar negara sejajar dengan Visi dan Misi Universiti.









Bangunan COLGIS

Bangunan
College of Law, Government and International studies
(COLGIS)

Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa ini mula ditubuhkan pada tahun 2008. 

Visi 
"Untuk menjadikan COLGIS UUM sebagai pusat kecemerlangan yang terkemuka dalam bidang undang-undang, pentadbiran awam, pembangunan dan kajian antarabangsa, pelancongan, hospitaliti dan pengurusan alam sekitar.

Misi
"Untuk merealisasikan falsafah dan piagam kolej sebagai pusat kecemerlangan akademik yang menghasilkan modal insan untuk menegakkan nilai-nilai moral.

COLGIS UUM terdiri daripada 4 sekolah yang utama iaitu:

1)Sekolah Perlancongan, Hospitaliti dan Pengurusan Alam Sekitar (STHEM).
Program yang ditawarkan oleh sekolah ini adalah: Sarjana Muda Pengurusan Perlancongan dan Pengurusan Hospitaliti dengan Kepujian. 

2) Sekolah Undang-Undang (SoL)
Program yang ditawarkan oleh SoL hanyalah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian.

3) Sekolah Pengajian Antarabangsa (SolS)
Sekolah ini di tubuhkan pada 1 Julai 2011 dengan menawarkan program seperti Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dengan kepujian.

4)  Sekolah Kerajaan (SoG)
Program yang ditawarkan oleh SoG adalah Sarjana Muda Pengurusan Awam dan Pengurusan Pembangunan dengan Kepujian.




Bangunan Ghazali Shafie

Bangunan Ghazali Shafie
Graduate School of Government
(GSGSG)

Bangunan Ghazali Shafie ini terletak bertentangan dengan bangunan Dewan Kuliah Gugusan Lima (DKG5) di paras dua dalam bangunan Kolej COLGIS.

Visi 
"Untuk menjadi sebuah Sekolah Pengajian Siswazah yang berinspirasi yang dapat mempertingkatkan minda mereka dalam bidang undang-undang, pentadbiran awam, pembangunan, kajian antarabangsa, pelancongan dan hospitaliti serta pengurusan alam sekitar"

Misi
"Untuk mempromosikan domain intelek berganda untuk melahirkan kreativiti, biasiswa, dan semangat yang diilhamkan dalam penyelidikan dan perundingan, dan melahirkan modal insan yang berpegang kepada nilai-nilai moral".

Program dan jangka masa yang ditawarkan di bawah GSGSG ini adalah:
1) Doktor Falsafah(PhD): 4-10 semester : sepenuh masa, 6-14 semester : sambilan,
2) Sarjana (Master): 3-6 semester : sepenuh masa, 4-10 semester : sambilan.




Bangunan Kolej Sastera & Sains


Bangunan
College of Arts & Sciences
(UUM CAS)

Kolej Sastera dan Sains ini mempunyai sasarannya yang tersendiri iaitu:
"untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang seni dan sains yang diingini, serta untuk membangunkan modal insan yang berwibawa dan beriltizam untuk memacu negara nilai kemanusiaan amnya agar terus maju kehadapan"

Visi 
"Untuk menubuhkan Kolej Sastera dan Sains yang menjadi sebagai pusat kecemerlangan dan rujukan dalam bidang Sastera dan Sains"

Misi
Untuk membangunkan modal insan yang berwibawa dan beriltizam untuk memacu negara nilai kemanusiaan amnya sejajar dengan piagam dan falsafah Universiti"

UUM CAS terdiri daripada Sekolah Pengajian Siswazah Awang Had Salleh, lima buah sekolah akademik dan dua institut penyelidikan.

5 sekolah akademik CAS ini ditempatkan di bangunan yang berbeza dan setiap sekolah akademik ini mempunyai sasran mereka sendiri seperti berikut:

1) Sekolah Pengkomputeran (School of Computing:SOC)
Terdapat satu sahaja Program yang ditawarkan di bawah SOC ini iaitu Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Maklumat dengan kepujian.

2) Sekolah Sains Kuantitif (School of Quantitive Scinces :SQS)
Program yang ditawarkan di bawah SQS ini adalah Sarjana muda dalam Sains Keputusan (decision Science), Statistik Industri, dan Matematik Perniagaan dengan Kepujian.

3) Sekolah Pembangunan Sosial (School of Social Development: SSD)
Program yang ditawarkan di bawah SSD ini adalah Sarjana Muda Kaunseling dengan kepujian dan Pengurusan Kerja Sosial dengan kepujian.

4) Sekolah Pendidikan dan Bahasa Moden (SEML)
Program yang ditawarkan di bawah SEML ini pula adalah Sarjana Muda Pendidikan dalam Perakaunan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Pendidikan Moral serta Bimbingan dan Kaunseling dengn kepujian.

5) Sekolah Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC)
Program yang ditawarkan di bawah SMMTC adalah Sarjana Muda dalam Sains Multimedia, Teknologi Multimedia, Komunikasi, Pengurusan Industri Kreatif dengan kepujian.