Kolej Sastera dan Sains ini mempunyai sasarannya yang tersendiri iaitu:
"untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang seni dan sains yang diingini, serta untuk membangunkan modal insan yang berwibawa dan beriltizam untuk memacu negara nilai kemanusiaan amnya agar terus maju kehadapan"
Visi
"Untuk menubuhkan Kolej Sastera dan Sains yang menjadi sebagai pusat kecemerlangan dan rujukan dalam bidang Sastera dan Sains"
Misi
Untuk membangunkan modal insan yang berwibawa dan beriltizam untuk memacu negara nilai kemanusiaan amnya sejajar dengan piagam dan falsafah Universiti"
UUM CAS terdiri daripada Sekolah Pengajian Siswazah Awang Had Salleh, lima buah sekolah akademik dan dua institut penyelidikan.
5 sekolah akademik CAS ini ditempatkan di bangunan yang berbeza dan setiap sekolah akademik ini mempunyai sasran mereka sendiri seperti berikut:
1) Sekolah Pengkomputeran (School of Computing:SOC)
Terdapat satu sahaja Program yang ditawarkan di bawah SOC ini iaitu Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Maklumat dengan kepujian.
2) Sekolah Sains Kuantitif (School of Quantitive Scinces :SQS)
Program yang ditawarkan di bawah SQS ini adalah Sarjana muda dalam Sains Keputusan (decision Science), Statistik Industri, dan Matematik Perniagaan dengan Kepujian.
3) Sekolah Pembangunan Sosial (School of Social Development: SSD)
Program yang ditawarkan di bawah SSD ini adalah Sarjana Muda Kaunseling dengan kepujian dan Pengurusan Kerja Sosial dengan kepujian.
4) Sekolah Pendidikan dan Bahasa Moden (SEML)
Program yang ditawarkan di bawah SEML ini pula adalah Sarjana Muda Pendidikan dalam Perakaunan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Pendidikan Moral serta Bimbingan dan Kaunseling dengn kepujian.
5) Sekolah Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC)
Program yang ditawarkan di bawah SMMTC adalah Sarjana Muda dalam Sains Multimedia, Teknologi Multimedia, Komunikasi, Pengurusan Industri Kreatif dengan kepujian.
Di manakah kolej ini?
ReplyDelete